LAMAN
REL
MAHKOTA

Sumbangan Ikhlas daripada YTL
Lalui jejak warisan di Laman Rel Mahkota, terletak di tengah-tengah negeri Johor.

Yang Menanti Anda

Terletak di Bandar Kluang, terokai jejak warisan di Laman Rel Mahkota yang menghubungkan masa lalu dan kini - membawa kisah tersendiri di setiap sudut.
  • Kisah Stesen
Kenali kisah dan sejarah setiap hentian di sepanjang Gemas-JB EDTP di Johor, bersama pasukan yang menjayakan projek ini.
  • Kisah Rel
Di taman ini, terdapat 16 kisah unik untuk anda terokai - hanya imbas QR dengan telefon bimbit anda, dan kenali sejarah gemilang dan masa depan perkeretaapian negara yang kian berkembang.
  • Siluet Kenangan
Sedia, siap, senyum! Abadikan momen di bingkai gambar yang direka khas untuk anda - daripada nostalgia Kluang yang tenang hinggalah sentuhan moden hari ini.
  • Fakta Menarik
Tahukah anda dari mana datangnya nama Kluang? Di setiap sudut taman ini, ada fakta menarik untuk anda temui - kecil tetapi seronok untuk dikongsi.
  • Warisan, Gaya Terkini
Jangan lepaskan peluang bergambar dengan papan tanda yang unik, berbeza, dan ada rahsia kecil kalau anda pandai cari sudutnya.
  • Pentas Rakyat
Ingin membuat pementasan, persembahan, atau sekadar perjumpaan santai? Amfiteater dengan tempat duduk disediakan untuk dihidupkan dengan cerita, suara, dan acara anda.

Komponen Taman

Reka bentuk taman diilhamkan daripada elemen warisan kereta api

2km laluan pejalan kaki dibina

200m landasan kereta api bersejarah dimaknakan semula

100 pokok dan bunga ditanam

15 papan tanda tunjuk arah dipasang

Bangku di seluruh taman diubah suai daripada batu landasan konkrit lama

Papan tanda kereta api lama dihidupkan semula sebagai penunjuk arah taman

700 meter laluan taman dihiasi batu kelikir landasan

Singgah ke Laman Rel Mahkota

Di sini, kisah masa lalu menanti untuk dikongsi, sementara kenangan baharu menunggu untuk dicipta. Singgahlah ke Laman Rel Mahkota hari ini.

Waktu Buka

9:00AM - 6:00PM, Isnin ke Ahad

Lokasi

Taman Mahkota Rel,
Jalan Station, 86000,
Kluang, Johor Darul Takzim,
Malaysia

Contact Us

xxx@xxx.my
Tempahan taman dan penggunaan amfiteater kini dibuka. Hubungi kami hari ini untuk merancang acara anda.

Waktu Buka

6:00AM - 9:00PM, Isnin ke Ahad

Lokasi

Laman Rel Mahkota,
Jalan Station, 86000,
Kluang, Johor Darul Takzim,
Malaysia
Muat Turun Peta Taman

Laman Rel Mahkota

Mengekalkan Warisan Kereta Api
Di sinilah tersimpan kisah landasan yang pernah menyatukan masyarakat, merapatkan tempat, dan meninggalkan jejak yang tak pernah putus ditelan waktu.

Hubungi Kami

Laman Rel Mahkota,
Jalan Station, 86000,
Kluang, Johor Darul Takzim,
Malaysia.

9:00 AM - 6:00 PM, Isnin ke Ahad
Sumbangan Ikhlas
daripada YTL

Hak Cipta Terpelihara © 2025 YTL Corporation Berhad [198201012898 (92647-H)].